7.0 Rumusan
Rumusan yang dapat saya katakan di sini ialah terdapat dua jenis migrasi dalaman yang ada di iaitu migrasi dalaman luar bandar ke bandar dan migrasi luar bandar ke luar bandar. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman yang wujud di kawasan kajian antaranya ialah melanjutkan pelajaran di IPT di bandar-bandar, mencari peluang pekerjaan di sektor industri, mengikut keluarga, perkahwinan dan gevernan. Selain daripada faktor terdapat juga kesan positif dan kesan negatif juga turut wujud antaranya ialah wujud pertambahan penduduk , masalah sosial dan juga masalah tanah terbiar.
Seterusnya di dalam kajian ini juga saya mencadangkan langkah mengurangkan masalah migrasi dalaman seperti wujudkan rukun tetangga dan penyatuan tanah. Setelah melihat kajian ini dengan rasional saya berbangga kerana dapat tinggal di Malaysia yang stabil dari segi politik , pembangunan yang pesat dan mempunyai kepelbagaian ekonomi yang subur sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang terkenal di mata dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan